Thursday 10 October 2019

REFLEKSI KULIAH (HMT 211) MINGGU 1-7

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya ialah Alyaa Adila binti Norashid. Saya merupakan pelajar tahun 3 dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan yang bermajorkan masalah pendengaran dan berminorkan bahasa Melayu. Pada semester ini, saya telah mengambil subjek HMT 211 iaitu Fonetik bahasa Melayu. Subjek ini diajar oleh Puan Norhaniza Binti Abdul Khairi dan Dr. Radiah Binti Yusoff.

  • MINGGU PERTAMA

Pada minggu pertama, kami telah diarahkan untuk mencari ahli kumpulan yang berlainan jantina, bangsa dan pusat pengajian. Keadaan kelas pada masa itu sangat bising dan huru-hara kerana semua pelajar sedang sibuk mencari ahli kumpulan. Apabila telah cukup ahli kumpulan, kami diminta untuk menulis nama ahli kumpulan dan menyerahkan nama tersebut di hadapan kelas. Kami juga diminta untuk berswafoto bersama ahli kumpulan serta pensyarah. Setiap ahli kumpulan diminta berbincang untuk menyanyikan lagu "Sesungguhnya" dari kumpulan Raihan dan Alif Satar, namun kami diminta untuk menukarkan lirik lagu tersebut kepada versi yang dikehendaki oleh pensyarah. Pensyarah telah memberikan masa kepada setiap kumpulan untuk merakam dan memuat naik video nyanyian tersebut di telegram. Pada hari kedua, kami diminta untuk mengenal pasti anatomi dan fisiologi pertuturan manusia. Kami diminta untuk menyediakan satu rangka kerja atau kertas konsep yang bertemakan anatomi dan fisiologi pertuturan manusia. Selain itu, pensyarah juga mengarahkan kami untuk memilih satu kumpulan lawan untuk mengenal pasti sebutan nyanyian lagu sesungguhnya iaitu vokal, konsonan dan diftong yang digunakan oleh kumpulan lawan.

  • MINGGU KEDUA
Pada minggu kedua, kami telah diarahkan untuk mencari ahli kumpulan yang baru seramai 15 orang. Setelah ahli kumpulan mencukupi, kami telah memilih satu tempat untuk memudahkan proses perbincangan. Puan Norhaniza telah membekalkan satu set kertas manila dan alat tulis kepada setiap kumpulan. Kami diminta untuk melukis rajah anatomi pertuturan manusia di atas kertas yang telah disediakan. Setelah selesai melukis rajah tersebut, kami diminta untuk menampal rajah tersebut pada papan putih secepat mungkin.Tugasan seterusnya yang diberikan ialah mengubah korus lagu "Sesungguhnya" kepada bahasa Iban. Setelah selesai mengubah lagu tersebut kepada bahasa Iban, kami diminta untuk merakam video nyanyian dan memuat naik video tersebut ke telegram. Pada kelas seterusnya, pensyarah telah memberi penerangan tentang anatomi dan fisiologi pertuturan manusia. Kemudian, kami diminta untuk mencari nama lain bagi anak tekak dan melukis bentuk pita suara dan memuat naik gambar yang dilukis  ke dalam telegram.

Kumpulan kami telah memenangi dalam pertandingan melukis anatomi pertuturan manusia:




  • MINGGU KETIGA
Pada minggu ketiga, pensyarah telah menguji tahap kefahaman pelajar dengan bertanyakan soalan berkaitan dengan anatomi dan fisiologi pertuturan manusia. Selepas itu, pensyarah telah menayangkan sebuah video yang bertajuk "The Sound of Music". Semua pelajar diarahkan untuk menyanyikan lagu tersebut secara beramai-ramai. Tugasan pada minggu ini adalah dengan merakam video "The Sound of Music" dan perlu mengikut gerak geri seperti dalam video tersebut. Setelah video selesai dirakam, kami diminta untuk memuat naik video tersebut di youtube. Pada kelas seterusnya, para pelajar diminta untuk ke tapak convex. Selepas itu, pelajar telah diminta untuk mencari ahli kumpulan yang berbeza jantina dan negeri. Tugasan kami di tempat tersebut ialah mengenal pasti bunyi yang dihasilkan oleh pengunjung luar yang hadir ke tapak convex. Kami juga diminta untuk menghasilkan sebuah lagu yang mempunyai huruf-huruf letupan iaitu /p/, /b/, /t/, /d/, /g/ dan /k/ dan memuat naik ke telegram sebelum pukul 4 petang.
Pada minggu ketiga juga, pelajar HMT211 dikehendaki untuk mencari maklumat berkenaan lima penyakit atau masalah yang menyebabkan berlakunya gangguan kepada pertuturan manusia. Kami diminta untuk menghasilkan lima infografik berkaitan penyakit-penyakit tersebut. Melalui kuliah dan tugasan ini, saya dapat mengenal pasti pelbagai jenis penyakit dan masalah yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah pertuturan. Saya juga dapat mengenal pasti ciri-ciri penyakit dan cara atau rawatan intervensi bagi penyakit-penyakit tersebut. Berikut merupakan infografik yang telah berjaya saya siapkan.












  • MINGGU KEEMPAT
Pada minggu keempat, para pelajar telah diarahkan untuk membawa sehelai selendang dan sarung tangan untuk dibawa ke kelas.Tujuan bahan-bahan ini dibawa adalah untuk membuat aktiviti mengenal bunyi pada alat artikulasi. Saya memilih untuk berpasangan dengan kawan saya iaitu Syifa. Saya bergilir-gilir menutup mata dengan selendang bersama pasangan saya. Berikut merupakan gambar yang diambil semasa aktiviti berjalan:




Saya bersama pasangan saya iaitu Syifa semasa
melaksanakan tugasan yang diberi pada minggu ke-4


Pelajar diminta untuk mencari pasangan dan menutup mata serta membawa pasangan turun dan naik tangga. Pensyarah juga meminta para pelajar untuk mencari dan mencetak rajah IPA (International Phonetics Alphabet) dan dilekatkan di dalam buku nota. Pada kelas seterusnya, pensyarah telah menayangkan video "Wikitongues : Luzmilla Speaking Otavalo Kichwa". Kami telah diminta untuk mendengar dengan teliti dan menulis kembali perkataan yang disebut.
Saya bersama rakan-rakan semasa kuliah minggu ke-4


  • MINGGU KELIMA

Pada minggu ini, tenaga pengajar yang memberikan kuliah ialah Prof. Mayda Dr. Tajul Aripin bin Kassin. Kuliah yang disampaikan oleh beliau berkaitan tajuk ‘Fonem dan Alofon’. Beliau telah menjelaskan tentang maksud fonem dan alofon dalam fonetik Bahasa Melayu. Fonem ialah unit bunyi terkecil yang membezakan makna. Fonem Bahasa Melayu dibahagikan kepada fonem vokal/ diftong dan fonem konsonan. Sebagai contohnya, fonem vokal terdiri daripada vokal depan iaitu /i/, /e/, /a/, vokal belakang iaitu /o/, /u/ dan vokal tengah iaitu /e-pepet/. Manakala, fonem diftong atau fonem majmuk ialah /ai/, /au/, /oi/. Fonem konsonan pula terdiri daripada /k/, /j/, /m/, dan sebagainya yang melibatkan huruf konsonan.Alofon pula ialah anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong dalam fonem yang sama. Contohnya, [faham] dengan [paham] mempunyai bunyi yang berbeza namun masih membawa makna yang sama.  Pada pendapat saya, pengajaran yang diberikan oleh Dr. Tajul amat jelas. Saya memahami pengajaran yang disampaikan oleh beliau kerana beliau menjelaskan isi pelajaran satu persatu serta memberikan contoh yang mudah difahami.

Contoh fonem /k/ dan /i/ yang terdiri dari alofon


  • MINGGU KEENAM

Pada kuliah minggu 6 ini, kami telah mempelajari tentang tajuk ‘Fitur Distingtif’. Kuliah disampaikan oleh Dr. Tajul Aripin bin Kassin. Kuliah hari ini berlangsung selama 2 jam (1 petang hingga 3 petang) di Dewan Kuliah E. 
Beliau telah menjelaskan definisi fitur dan distingtif yang membawa erti ‘ciri’ dan ‘yang membezakan’.

 Fitur distingtif ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh bunyi sama ada dari segi nilai artikulasi(pengeluaran) atau nilai akustik (gelombang), bahawa sebarang perbezaanbunyi dari segi mana-mana satu atau lebih sifat atau fitur dapat membezakanfonem. Itu sebabnya istilah distingtifdigunakan, kerana distingtifbermaksudmembezakan maknakata. Sebagai contoh, [p] dan [b] dapat berbeza darisegi fitur [+bersuara], kerana [b] bunyi bersuara, manakala [p] bunyi takbersuara. Perbezaan dari segi bersuara dan tak bersuara ini membezakanfonem /b/ daripada fonem /p/. Oleh sebab itu, dari segi pengeluaran, atauartikulasi, fitur [+ bersuara] menyebabkan /b/ tergolong kepada fonem yangberbeza daripada /p/ yang memiliki fitur [- bersuara]. Oleh sebab itu [+bersuara] adalah fitur distingtif yang membezakan fonem /b/ [+ bersuara]daripada /p/ [- bersuara].

 Terdapat tiga kelas untuk fitur utama iaitu silabik, sonoran dan konsonatal. Bagi fitur titik artikulasi pula, terdapat tiga fitur iaitu anterior, koronal dan dorsal. Kontinuen, lepas lewat, sengau, striden dan sisian juga merupakan kelas fitur iatu fitur cara.




  • MINGGU KETUJUH

Pada minngu ke-7, tajuk kuliah ialah ‘Sistem Huruf Bahasa Melayu’ yang disampaikan oleh Dr. Tajul Aripin bin Kassin.Pada minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum cuti pertengahan semester. Dr Tajul menerangkan tentang perbezaan huruf dan fonem. Terdapat sedikit selingan iaitu Dr Tajul mengajar kami menyanyi dengan penyebutan yang betul. Kuliah hari ini beliau telah menerangkan tentang perbezaan antara huruf dan fonem. Menurut beliau, ramai pelajar yang tidak dapat membezakan huruf dan fonem walhal perkara ini merupakan asas dalam fonetik.  Huruf merupakan lambang atau character suatu bunyi yang bersifat arbitrari iaitu sifat bahasa yang tiada kepadanan fizikal semula jadi antara bentuk bahasa dengan entiti sebenar. Manakala, fonem digunakan dalam tulisan transkripsi fonetik atau dikenali juga sebagai abjad fonetik antarabangsa ‘IPA’. Beliau telah menerangkan perbezaan tersebut dengan jelas. Sebagai contohnya, sistem tulisan Bahasa Melayu dalam bentuk huruf vokal ialah a, e, i, o, u. Manakala, dalam bentuk fonem atau fonemik ialah /a/, /e/, /i/, /o/, /u/, dan bentuk fonem ini boleh menerbitkan bunyi alofonnya tersendiri.

REFLEKSI KULIAH (HMT 211) MINGGU 1-7

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya ialah Alyaa Adila binti Norashid. Saya merupakan pelajar tahun 3 dari Pusat Pengaji...