Thursday 10 October 2019

REFLEKSI KULIAH (HMT 211) MINGGU 1-7

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya ialah Alyaa Adila binti Norashid. Saya merupakan pelajar tahun 3 dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan yang bermajorkan masalah pendengaran dan berminorkan bahasa Melayu. Pada semester ini, saya telah mengambil subjek HMT 211 iaitu Fonetik bahasa Melayu. Subjek ini diajar oleh Puan Norhaniza Binti Abdul Khairi dan Dr. Radiah Binti Yusoff.

  • MINGGU PERTAMA

Pada minggu pertama, kami telah diarahkan untuk mencari ahli kumpulan yang berlainan jantina, bangsa dan pusat pengajian. Keadaan kelas pada masa itu sangat bising dan huru-hara kerana semua pelajar sedang sibuk mencari ahli kumpulan. Apabila telah cukup ahli kumpulan, kami diminta untuk menulis nama ahli kumpulan dan menyerahkan nama tersebut di hadapan kelas. Kami juga diminta untuk berswafoto bersama ahli kumpulan serta pensyarah. Setiap ahli kumpulan diminta berbincang untuk menyanyikan lagu "Sesungguhnya" dari kumpulan Raihan dan Alif Satar, namun kami diminta untuk menukarkan lirik lagu tersebut kepada versi yang dikehendaki oleh pensyarah. Pensyarah telah memberikan masa kepada setiap kumpulan untuk merakam dan memuat naik video nyanyian tersebut di telegram. Pada hari kedua, kami diminta untuk mengenal pasti anatomi dan fisiologi pertuturan manusia. Kami diminta untuk menyediakan satu rangka kerja atau kertas konsep yang bertemakan anatomi dan fisiologi pertuturan manusia. Selain itu, pensyarah juga mengarahkan kami untuk memilih satu kumpulan lawan untuk mengenal pasti sebutan nyanyian lagu sesungguhnya iaitu vokal, konsonan dan diftong yang digunakan oleh kumpulan lawan.

  • MINGGU KEDUA
Pada minggu kedua, kami telah diarahkan untuk mencari ahli kumpulan yang baru seramai 15 orang. Setelah ahli kumpulan mencukupi, kami telah memilih satu tempat untuk memudahkan proses perbincangan. Puan Norhaniza telah membekalkan satu set kertas manila dan alat tulis kepada setiap kumpulan. Kami diminta untuk melukis rajah anatomi pertuturan manusia di atas kertas yang telah disediakan. Setelah selesai melukis rajah tersebut, kami diminta untuk menampal rajah tersebut pada papan putih secepat mungkin.Tugasan seterusnya yang diberikan ialah mengubah korus lagu "Sesungguhnya" kepada bahasa Iban. Setelah selesai mengubah lagu tersebut kepada bahasa Iban, kami diminta untuk merakam video nyanyian dan memuat naik video tersebut ke telegram. Pada kelas seterusnya, pensyarah telah memberi penerangan tentang anatomi dan fisiologi pertuturan manusia. Kemudian, kami diminta untuk mencari nama lain bagi anak tekak dan melukis bentuk pita suara dan memuat naik gambar yang dilukis  ke dalam telegram.

Kumpulan kami telah memenangi dalam pertandingan melukis anatomi pertuturan manusia:




  • MINGGU KETIGA
Pada minggu ketiga, pensyarah telah menguji tahap kefahaman pelajar dengan bertanyakan soalan berkaitan dengan anatomi dan fisiologi pertuturan manusia. Selepas itu, pensyarah telah menayangkan sebuah video yang bertajuk "The Sound of Music". Semua pelajar diarahkan untuk menyanyikan lagu tersebut secara beramai-ramai. Tugasan pada minggu ini adalah dengan merakam video "The Sound of Music" dan perlu mengikut gerak geri seperti dalam video tersebut. Setelah video selesai dirakam, kami diminta untuk memuat naik video tersebut di youtube. Pada kelas seterusnya, para pelajar diminta untuk ke tapak convex. Selepas itu, pelajar telah diminta untuk mencari ahli kumpulan yang berbeza jantina dan negeri. Tugasan kami di tempat tersebut ialah mengenal pasti bunyi yang dihasilkan oleh pengunjung luar yang hadir ke tapak convex. Kami juga diminta untuk menghasilkan sebuah lagu yang mempunyai huruf-huruf letupan iaitu /p/, /b/, /t/, /d/, /g/ dan /k/ dan memuat naik ke telegram sebelum pukul 4 petang.
Pada minggu ketiga juga, pelajar HMT211 dikehendaki untuk mencari maklumat berkenaan lima penyakit atau masalah yang menyebabkan berlakunya gangguan kepada pertuturan manusia. Kami diminta untuk menghasilkan lima infografik berkaitan penyakit-penyakit tersebut. Melalui kuliah dan tugasan ini, saya dapat mengenal pasti pelbagai jenis penyakit dan masalah yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah pertuturan. Saya juga dapat mengenal pasti ciri-ciri penyakit dan cara atau rawatan intervensi bagi penyakit-penyakit tersebut. Berikut merupakan infografik yang telah berjaya saya siapkan.












  • MINGGU KEEMPAT
Pada minggu keempat, para pelajar telah diarahkan untuk membawa sehelai selendang dan sarung tangan untuk dibawa ke kelas.Tujuan bahan-bahan ini dibawa adalah untuk membuat aktiviti mengenal bunyi pada alat artikulasi. Saya memilih untuk berpasangan dengan kawan saya iaitu Syifa. Saya bergilir-gilir menutup mata dengan selendang bersama pasangan saya. Berikut merupakan gambar yang diambil semasa aktiviti berjalan:




Saya bersama pasangan saya iaitu Syifa semasa
melaksanakan tugasan yang diberi pada minggu ke-4


Pelajar diminta untuk mencari pasangan dan menutup mata serta membawa pasangan turun dan naik tangga. Pensyarah juga meminta para pelajar untuk mencari dan mencetak rajah IPA (International Phonetics Alphabet) dan dilekatkan di dalam buku nota. Pada kelas seterusnya, pensyarah telah menayangkan video "Wikitongues : Luzmilla Speaking Otavalo Kichwa". Kami telah diminta untuk mendengar dengan teliti dan menulis kembali perkataan yang disebut.
Saya bersama rakan-rakan semasa kuliah minggu ke-4


  • MINGGU KELIMA

Pada minggu ini, tenaga pengajar yang memberikan kuliah ialah Prof. Mayda Dr. Tajul Aripin bin Kassin. Kuliah yang disampaikan oleh beliau berkaitan tajuk ‘Fonem dan Alofon’. Beliau telah menjelaskan tentang maksud fonem dan alofon dalam fonetik Bahasa Melayu. Fonem ialah unit bunyi terkecil yang membezakan makna. Fonem Bahasa Melayu dibahagikan kepada fonem vokal/ diftong dan fonem konsonan. Sebagai contohnya, fonem vokal terdiri daripada vokal depan iaitu /i/, /e/, /a/, vokal belakang iaitu /o/, /u/ dan vokal tengah iaitu /e-pepet/. Manakala, fonem diftong atau fonem majmuk ialah /ai/, /au/, /oi/. Fonem konsonan pula terdiri daripada /k/, /j/, /m/, dan sebagainya yang melibatkan huruf konsonan.Alofon pula ialah anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong dalam fonem yang sama. Contohnya, [faham] dengan [paham] mempunyai bunyi yang berbeza namun masih membawa makna yang sama.  Pada pendapat saya, pengajaran yang diberikan oleh Dr. Tajul amat jelas. Saya memahami pengajaran yang disampaikan oleh beliau kerana beliau menjelaskan isi pelajaran satu persatu serta memberikan contoh yang mudah difahami.

Contoh fonem /k/ dan /i/ yang terdiri dari alofon


  • MINGGU KEENAM

Pada kuliah minggu 6 ini, kami telah mempelajari tentang tajuk ‘Fitur Distingtif’. Kuliah disampaikan oleh Dr. Tajul Aripin bin Kassin. Kuliah hari ini berlangsung selama 2 jam (1 petang hingga 3 petang) di Dewan Kuliah E. 
Beliau telah menjelaskan definisi fitur dan distingtif yang membawa erti ‘ciri’ dan ‘yang membezakan’.

 Fitur distingtif ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh bunyi sama ada dari segi nilai artikulasi(pengeluaran) atau nilai akustik (gelombang), bahawa sebarang perbezaanbunyi dari segi mana-mana satu atau lebih sifat atau fitur dapat membezakanfonem. Itu sebabnya istilah distingtifdigunakan, kerana distingtifbermaksudmembezakan maknakata. Sebagai contoh, [p] dan [b] dapat berbeza darisegi fitur [+bersuara], kerana [b] bunyi bersuara, manakala [p] bunyi takbersuara. Perbezaan dari segi bersuara dan tak bersuara ini membezakanfonem /b/ daripada fonem /p/. Oleh sebab itu, dari segi pengeluaran, atauartikulasi, fitur [+ bersuara] menyebabkan /b/ tergolong kepada fonem yangberbeza daripada /p/ yang memiliki fitur [- bersuara]. Oleh sebab itu [+bersuara] adalah fitur distingtif yang membezakan fonem /b/ [+ bersuara]daripada /p/ [- bersuara].

 Terdapat tiga kelas untuk fitur utama iaitu silabik, sonoran dan konsonatal. Bagi fitur titik artikulasi pula, terdapat tiga fitur iaitu anterior, koronal dan dorsal. Kontinuen, lepas lewat, sengau, striden dan sisian juga merupakan kelas fitur iatu fitur cara.




  • MINGGU KETUJUH

Pada minngu ke-7, tajuk kuliah ialah ‘Sistem Huruf Bahasa Melayu’ yang disampaikan oleh Dr. Tajul Aripin bin Kassin.Pada minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum cuti pertengahan semester. Dr Tajul menerangkan tentang perbezaan huruf dan fonem. Terdapat sedikit selingan iaitu Dr Tajul mengajar kami menyanyi dengan penyebutan yang betul. Kuliah hari ini beliau telah menerangkan tentang perbezaan antara huruf dan fonem. Menurut beliau, ramai pelajar yang tidak dapat membezakan huruf dan fonem walhal perkara ini merupakan asas dalam fonetik.  Huruf merupakan lambang atau character suatu bunyi yang bersifat arbitrari iaitu sifat bahasa yang tiada kepadanan fizikal semula jadi antara bentuk bahasa dengan entiti sebenar. Manakala, fonem digunakan dalam tulisan transkripsi fonetik atau dikenali juga sebagai abjad fonetik antarabangsa ‘IPA’. Beliau telah menerangkan perbezaan tersebut dengan jelas. Sebagai contohnya, sistem tulisan Bahasa Melayu dalam bentuk huruf vokal ialah a, e, i, o, u. Manakala, dalam bentuk fonem atau fonemik ialah /a/, /e/, /i/, /o/, /u/, dan bentuk fonem ini boleh menerbitkan bunyi alofonnya tersendiri.

Sunday 2 December 2012

Ideaaaa !

.Assalamualaikum !Peacee (y)
 Idea ?  Pernah tahu ke apa itu idea . Kalau tak pernah . Meh sini Alyaa nak bagitahu . hekhek =] Dalam erti yang paling sempit, idea adalah apa pun hasil pemikiran seseorang ketika dia berfikir. (search dari Google je ni) 

Soalan cepu 'emas' ! hewhew . Pernahkah anda terfikir dan selalukah anda memikirkan apakah yang hendak anda muntahkan di blog anda ? Err . Soalan like nerdy ! Ok . Semestinya lah kan ? Manusia mana yang tak fikirkan apa yang dia nak UPDATE dekat blog dia en ? Kecuali lah dia ni memang jenis spontan punya olang . Tanpa berfikir , terus taip sesuka hati . Tapi . Mustahil lah ! Nak buat apa pun  mesti kepala hotakk kita terkedek - kedek cari idea . Ye dak ? Macam kat bawah ni ..











Ok . Maka , bagaimana pula "idea" ni tercipta ? Haaa . Jawabb . Jawab . hekhek . Dah . Diam pulakk . Tadi nak sangat jawab . Err . Ok , Alyaa kasitaw je lah . Idea boleh tercipta dengan pelbagai cara ye tuan - tuan dan puan - puan . (Bajet semua dah kahwin je yang baca entry ni ) . Ok . Kakak , abang , adikk . Semua lah . hewhew.



Tapi bagaimana ? Secara ringkas ! Melalui pengalaman . Pemerhatian . Pembacaan dan juga Pendengaran .Masih terawang - awang ? Terapung - apung ? Tak paham apa yang Alyaa bebelkan ke ? HEHE . Teruskan membaca ye :)

Ok . Alyaa mulakan dengan pengalaman . Idea boleh tercipta melalui pengalaman . Contoh paling senang . Korang pergi bercuti . Then shoot photo sana sini . Boleh jugak dijadikan gambar hiasan dalam entry korang . Korang jatuh longkang . Cerita dalam blog . Kelawakannya boleh membuatkan orang tergelak .Idea tercipta di situ . Pengalaman apa lagi ? Korang belajar memandu . Tiba - tiba , tertekan minyak sehabis kuat . Langgar terus divider sana sini . hehe . Pengalaman lah tu . Jika diceritakan dengan baik , maka entry korang akan jadi lebih menarik tertarik kawww memang da bomb lah (!)

Sekarang , melalui pemerhatian . Kebanyakan blogger suka menaip dalam blog berdasarkan pemerhatian diorang . Apa maksudnya ye . Macam ni . Para bloggers yang suka keluar makan angin , hambekk angin , lepak sana  , lepak sini , tergolek sana , tergolek sini .. Suka sangat perhatikan keadaan di sekeliling bagi mencari idea untuk dituliskan dalam blog diorang . Terutamanya , memerhatikan gelagat manusia . Orang tengah ber-dating ? Pegang sana ? Pegang sini . Dalam diam , diorang shoot gambar senyap2 ! Buat entry . AH(!) . Korang pernah buat macam ni ? Tak baikk tau . hehe . Kalau boleh cuba elakkan daripada mengaibkan orang lain , walaupun niat tu baik nak kasi pengajaran . Tapi , pada - padalah kan . Sampai nak kena mengaibkan orang . Tak boleh lah gitu kan ? hewhehwhew.

Seterusnya , melalui pembacaan . (haish . dah rasa macam buat folio geografi pulak dah.hihi) . Apa yang kita baca , boleh jugak dijadikan idea untuk ditulis dalam blog . Daripada magazine ? Newspapaer ? Apa jua jenis bahan bacaan . Tapi , elakkan daripada menggunakan ayat yang sejibikkk like yang tertulis dalam magazine tersebut . Kang tak pasal - pasal dituduh copykucing . hewhew . Eh(!) . Lebih baik ambik je satu petikan tu . Olah balik dengan ulasan kita sendiri . Baru lah menarik entry kita nanti =] 

Dan akhir sekali , melalui pendengaran . Shhhh ! Haaaa . Dengar tak ? Alyaa tanya ni . Dengar tak ? hmm . "Dengar apa?" Tuu. Jiiran  sebelah rumah tengah mengumpat sana sini . kehkeh . Makcikk . Oooo Makcik .. Tak baikk mengumpat oiii ! huhu . Ok . Setiap apa yang kita dengar .. Tak kira lah daripada ibu bapa ? Cikgu ? Idea boleh tercipta dari situ jugak .
Boleh jugak ditulis dalam blog kita . Benda ni yang selalu Alyaa buat . haha =]


p/s : Ok . Macam mana idea Alyaa tercipta nak buat entry ini ? hehh . Tengah dok mandi pun boleh terfikir entry apa nak dikeluarkan . So .. Jadi gini lah . kahkah >.^












Cara Pemakaian Tudung



.Assalamualaikum.Haii . Selamat Malam ! Malam Yang Indah Sesuai Untuk Meng-hapdett Entry kan ? hehe .Ok , now , malam ni , Alyaa nak happdet pasal tips Pemakaian Tudung !Mesti Ramai Yang Suka Tips-Tips begini kan ?Kalau tak suka pun .. "Ada aku kesahh ?" haha .Oke , pada siapa yang suka .Baca dengan teliti ye :)




 1. Make sure korang memakai anak tudung supaya anak rambut korang yang kecil-kecik comel tuh tak nampak . Ianya juga memberi gaya yang lebih kemas, rapi dan menutup cacat celanya pemakaian tudung :) Kemas .. Nampak lebih bergaya .. Ecehhh ^_^


 2.Pemakaian tudung yang pelbagai gaya dan corak juga amat membantu korang tampil berlainan dan kelihatan lebih menarik . Gaya tudung ke tempat kerja tidak perlu terlalu menonjolkan rekaan corak atau bunga yang melampau-lampau ye. Isk2 .. sakit mata memandang yo . hehe.


 3. Untuk nampakkan lebih berseri , korang boleh lah gayakan dengan kerongsang yang sesuai . Kedudukan kerongsang juga memainkan peranan yang penting. Misalnya kerongsang yang disemat kan di bahagian baju menampakkan si pemakai kelihatan lebih kemas dan menarik .


 4. Korang juga digalakkan memakai baju yang kosong kerana ianya boleh dan mudah dipadankan dengan banyak tudung yang bercorak . hehe . Tapi , Alyaa tak suka pun tudung yang bercorak-corak banyakkk sangat . hek hek :)


 5. Dalam pemilihan kerongsang . korang pakailah kerongsang yang bersaiz kecil. Jika tudung korang tu berwarna merah kan , pakailah kerongsang yang bewarna keemasan (gold color) , sementara tudung yang berwarna lain pula dengan kerongsang bewarna perak (silver color).


 6. Bagi korang yang berbadan besar tidak digalakkan untuk memakai kerongsang yang besar . Jika mahu yang besar  , cari yang berbentuk panjang ok ? hehe .:)


 7. Jangan tutup bahu dengan tudung korang tu ! Nanti , badan korang akan kelihatan lebih besar . So , korang boleh lah sematkat dengan kerongsang yang kecil dan lekatkan di bahagian baju supaya tidak nampak menggelebeh. hehe :)



Selamat Mencuba !






Saturday 1 December 2012

My tips

Assalamualaikum . .Morningg ! Dah bangun ke belumm ? Hahah . Kpd sesiapa yg tngah peluk bantal empuk  tuuhhh , bangun lar yea . . Jangan ingat pagi masih muda . ! So, Korang..Macam mana hari ini ?Sihat tak ? Ye lah , sekarang ni kan cuaca tak menentu .. kejap hujan.. kejap panas..Kalau rasa kurang sihat tu.. Bawa bawa lah pergi jumpa doktor ye :)
Mana nak tahu .. sakit terok ker.. oke ?:) Chill~



Hari ni, alyaa nak kongsi ngan korang *Tips untuk Up-kan followers ! Haaaaa . .Semua orang mahu kan? Okayyy ,kalau korang taknak dengar pergi main jauhh2 !


First , dengan cara blogwalking !Haaa . kalau korang nak orang follow korang enn .. Korang kena selalu BW kat orang nyer blog .. Dah BW tuh.. jangan lupa lak tegur2 owner blog tuh.. Send lah apa2 kat Shoutbox dorg.. Tapi .. jangan pulak Say : hi jer.. .Kang . Owner tuh tak layan korang.. cam ner dorg nak g kat blog korang kan ? :)

Then, rajin2 lah follow blog orang lainn kayy?Hehe . Yang ini , lagi cepat kalau korang nak upkan blog korang... dah send sumtink kat shoutbox tuh.. jangan lupa lupa pulak follow dorang tuh.. n bgtaw diorg .. yg korang follow blog tuh ekk !:) Kalau hati dorg baik.. insyaAllah.. dorg akn follow korang balik yaww! hehe:) Ye lah .. semua bloggers berhati baik lah ! Ye ,tak? huhu . Follow sebanyak mana yang korang mampu ok!! :) ^_^

Korang boleh jugak letak link korang dekat link exchange . .Ye ! jangan teragak2 untuk letak link korang kat situ.. itu salah satu cara untuk upkan follower jgk .. mana tak nyer. kalau korang letak.. owner blog maybe akan bukak blog korang.. dan dorg mesti akan follow korang ! hehe ^_^

Haaaa . yang ni ,korang kene buad jugakk : Postkan entri yang menarikk ! Wahh ! Entry yang menarik ?? macam mana tuh ? Haa..~ Macam mana2 je lah .. asalkan yang boleh menarik perhatian orang untuk baca apa yang korang post kan tuh !:) . Nasihat Alyaa .. "Korang jangan pulak post benda yang maki-hamun orang!" Setiap entry , mest ada maki-hamun orang...Alar.. kalau kadang-kadang tuh.. tak pe lah lagii . kalau selalu tuh.. tolong elakkan yea! .Takot orang tak bpe suka ngn cara itu ..hee~

Korang jugak boleh try dengan cara tinggalkan komen di entri bloggers lain .hehehe  . ini saja-saja lah .. kalau korang dah baca sesiapa punya entry , korang jangan lupa pulak tinggalkan komen.. walaupun komen biasa2 jer... asalkan tinggalkan jugak ! . Tinggalkan link blog korang sekali taw!! Kalau boleh , jadi lah commenters yang pertama! For sure nanti dorg akan pergi kat blog korang! hehe . And follow jugak.. maybe ^_^


For last, hahaha  . yang ini .. mesti ramai yang dah tahu kan ? Korrang join geng2 blog yang ada kat facebook . Alyaa jamin, diorg kompom akan follow korang! hehe :) Kalau korang nak join klik link kat bawah ni yer! :))



Mr. and Mrs Bloggie













Thursday 29 November 2012

I don't need a title




Assalamualaikum and hello :)

So, I've changed my blog layout. And this time I'm satisfied :D Pink are everywhere. Act I want to add some brown colour but.. hihi mybe next time. Btw I'm not a fan of pink. I like purple act but I can't find the pretty purple background ^v^


This week I'm going to mahhhhh village. Yay ! I'm so excited and can't wait for it.  Fuhh. It's been a year and I still not update the blog. Ahh. Who cares rite ? I wanna delete it. YES. FULLSTOP. I wanna delete it. \\HEY STOP EMO-ing//


Seriously idk what I'm gonna put in this entry. So.... assalamualaikum.




Hihii . Full English or *Broken Englishh ? Ohmyyyy --' I wanna be like Him(hehe) .He's really Pro in English . Im so envyy ><

Random --'



Siryes aku takda mood malam ni sebab somebody to love hate. Gaaa~ rasa nak cekik'cekik je budak tu. Ada ke patut dia confess dekat aku >//< Malas aku nak tunjuk printscreen tuu. Hanya #BBB yang tahu. K stop talking 'bout this. Baidahweyy aku dah tukar background. Lebih simple. Yang sebelum ni ribbon'ribbon nampak serabut :D

Sebenarnya aku tak tau nak update apa. Takdepape yang best nak kongsi. My life is boring hahaha -_____- /ketawa sengal/ Aku update ni sebab nak menyemak di dashboard korang je. /muahaha/ kejam -_____-


Baidawei korang dah buat baju sekolah ke ? Me sudah. Gila semangat kenn ? #GoHarimauMalaya /eh tetibe/ Time aku tulis entri ni Harimau Malaya dah 4 gol tauu. Aku tak tengok bola tapi pengulas bola di twitter ni banyak pasaitu aku tau. Thanks to you gaise pengulas bola di twitter kalau korang takda aku dah jadi katak di bawah tempurung tak tau apa pasal bola sebab aku malas angkut lappy ke ruang tamu. Di situ line lembap macam siput. /flips table/ eh asal aku flips table ni ? #TeamSajeJe





Akuu rinduuuuu kawan kawan baik akuu *Kfinee ! Lari Topikk --' Okayy lar . Tata Titi Tutuuu . Sajer jea nehh :nak test blockquote :)

Kawan Selamanya !





Assalamualaikum . . *Hello darlingg !
Msuk jea cuti sekolah , Aaaaaaaa ! Teringat kawan Alyaa . Ekcelli , alyaa sgt rindukan diorang terutamanya Tuuttt tuuuttt . Nak keluar dengan diorang punn , bukan selalu . Haiih ! Tpy,naseb baek lar kawan2 still ingat kat alyaa :) Alyaa pon selalu ingat kat diorang ! Diorang pon setiap hari contact alyaa . Nama lagi Kawann kann? Kihkihkih . Alhamdulillah, alyaa still ade kawan yang memahami :3 Thanks God . *Mereka memang sporting gilaaaaa ! Especially , kawan yg alyaa baru jea knal : Baby Noni  Yang laen pon alyaa sayang jugak ~ Miss Eisya , Zayn Supporter ,K.Nuey Anis , Aime bucukk ,Wan Fik , Mek na , Faris , Schaa ! ,Kak Sofea , K.Pijaa , My Sista , Bak , Mere , K Farahh , Yuya , Budak Oshemm ,K Clah , Qylaa ,Eiffa , Alyssa , Myniee  *Sorry kpd yang tak Ter-tag :3
I know nothing last forever and may be wont always stay together . But, I am glad every morning when I wake up I still have You on my Friends' List .

REFLEKSI KULIAH (HMT 211) MINGGU 1-7

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya ialah Alyaa Adila binti Norashid. Saya merupakan pelajar tahun 3 dari Pusat Pengaji...