Sunday 2 December 2012

Ideaaaa !

.Assalamualaikum !Peacee (y)
 Idea ?  Pernah tahu ke apa itu idea . Kalau tak pernah . Meh sini Alyaa nak bagitahu . hekhek =] Dalam erti yang paling sempit, idea adalah apa pun hasil pemikiran seseorang ketika dia berfikir. (search dari Google je ni) 

Soalan cepu 'emas' ! hewhew . Pernahkah anda terfikir dan selalukah anda memikirkan apakah yang hendak anda muntahkan di blog anda ? Err . Soalan like nerdy ! Ok . Semestinya lah kan ? Manusia mana yang tak fikirkan apa yang dia nak UPDATE dekat blog dia en ? Kecuali lah dia ni memang jenis spontan punya olang . Tanpa berfikir , terus taip sesuka hati . Tapi . Mustahil lah ! Nak buat apa pun  mesti kepala hotakk kita terkedek - kedek cari idea . Ye dak ? Macam kat bawah ni ..











Ok . Maka , bagaimana pula "idea" ni tercipta ? Haaa . Jawabb . Jawab . hekhek . Dah . Diam pulakk . Tadi nak sangat jawab . Err . Ok , Alyaa kasitaw je lah . Idea boleh tercipta dengan pelbagai cara ye tuan - tuan dan puan - puan . (Bajet semua dah kahwin je yang baca entry ni ) . Ok . Kakak , abang , adikk . Semua lah . hewhew.



Tapi bagaimana ? Secara ringkas ! Melalui pengalaman . Pemerhatian . Pembacaan dan juga Pendengaran .Masih terawang - awang ? Terapung - apung ? Tak paham apa yang Alyaa bebelkan ke ? HEHE . Teruskan membaca ye :)

Ok . Alyaa mulakan dengan pengalaman . Idea boleh tercipta melalui pengalaman . Contoh paling senang . Korang pergi bercuti . Then shoot photo sana sini . Boleh jugak dijadikan gambar hiasan dalam entry korang . Korang jatuh longkang . Cerita dalam blog . Kelawakannya boleh membuatkan orang tergelak .Idea tercipta di situ . Pengalaman apa lagi ? Korang belajar memandu . Tiba - tiba , tertekan minyak sehabis kuat . Langgar terus divider sana sini . hehe . Pengalaman lah tu . Jika diceritakan dengan baik , maka entry korang akan jadi lebih menarik tertarik kawww memang da bomb lah (!)

Sekarang , melalui pemerhatian . Kebanyakan blogger suka menaip dalam blog berdasarkan pemerhatian diorang . Apa maksudnya ye . Macam ni . Para bloggers yang suka keluar makan angin , hambekk angin , lepak sana  , lepak sini , tergolek sana , tergolek sini .. Suka sangat perhatikan keadaan di sekeliling bagi mencari idea untuk dituliskan dalam blog diorang . Terutamanya , memerhatikan gelagat manusia . Orang tengah ber-dating ? Pegang sana ? Pegang sini . Dalam diam , diorang shoot gambar senyap2 ! Buat entry . AH(!) . Korang pernah buat macam ni ? Tak baikk tau . hehe . Kalau boleh cuba elakkan daripada mengaibkan orang lain , walaupun niat tu baik nak kasi pengajaran . Tapi , pada - padalah kan . Sampai nak kena mengaibkan orang . Tak boleh lah gitu kan ? hewhehwhew.

Seterusnya , melalui pembacaan . (haish . dah rasa macam buat folio geografi pulak dah.hihi) . Apa yang kita baca , boleh jugak dijadikan idea untuk ditulis dalam blog . Daripada magazine ? Newspapaer ? Apa jua jenis bahan bacaan . Tapi , elakkan daripada menggunakan ayat yang sejibikkk like yang tertulis dalam magazine tersebut . Kang tak pasal - pasal dituduh copykucing . hewhew . Eh(!) . Lebih baik ambik je satu petikan tu . Olah balik dengan ulasan kita sendiri . Baru lah menarik entry kita nanti =] 

Dan akhir sekali , melalui pendengaran . Shhhh ! Haaaa . Dengar tak ? Alyaa tanya ni . Dengar tak ? hmm . "Dengar apa?" Tuu. Jiiran  sebelah rumah tengah mengumpat sana sini . kehkeh . Makcikk . Oooo Makcik .. Tak baikk mengumpat oiii ! huhu . Ok . Setiap apa yang kita dengar .. Tak kira lah daripada ibu bapa ? Cikgu ? Idea boleh tercipta dari situ jugak .
Boleh jugak ditulis dalam blog kita . Benda ni yang selalu Alyaa buat . haha =]


p/s : Ok . Macam mana idea Alyaa tercipta nak buat entry ini ? hehh . Tengah dok mandi pun boleh terfikir entry apa nak dikeluarkan . So .. Jadi gini lah . kahkah >.^












No comments:

Post a Comment

REFLEKSI KULIAH (HMT 211) MINGGU 1-7

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya ialah Alyaa Adila binti Norashid. Saya merupakan pelajar tahun 3 dari Pusat Pengaji...